fbpx

Lelaki komen lucah di ‘live’ IG isteri, suami buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung di laman Instagram wanita tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang memberi komen berbaur lucah ketika siaran langsung Instagram seorang wanita mengundang padah apabila suami wanita tersebut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menerusi beberapa tangkap layar yang dimuat naik oleh suaminya, isterinya itu sedang membuat siaran langsung di Instagram sambil bersenam dan terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali memberikan komen berbaur lucah.

Komen tersebut mengundang rasa tidak selesa pengguna laman sosial tersebut yang menonton  siaran langsung itu dan majoriti meminta untuk sekat akaun serta membuat laporan terhadap komen yang ditinggalkan itu.

Menurut seorang pengguna laman Twitter dengan nama @kokoyashee: “Hentikanlah dari melakukan perbuatan yang jijik. Pada zaman ini, makin sukar untuk hormat kaum wanita sehingga berani berkata lucah.

“Sila boikot komen-komen lucah. Berhentilah jadi seseorang yang melakukan perbuatan yang jijik. Susah sekiranya sudah tiada rasa hormat terhadap wanita pada zaman ini. Apa yang suka sangat komen begitu? Apa yang awak dapat?” ciapnya.

Pengguna lain dengan nama @HajarinSabah pula berkata, perkara sebegini perlu dibuat laporan polis kerana lelaki itu boleh menjadi ancaman dalam masyarakat.

“Tolong buat laporan polis. Lelaki ini boleh menjadi ancaman lebih-lebih lagi kepada wanita di luar sana. Jangan biarkan perkara sebegini berlaku,” ciapnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI